Sunday, October 7, 2007

Tak Makan ikan Air Tawar


Aku ni mmg tak makan ikan air tawar. Keturunan mak aku la sbb mak aku punya mak tak makan, dah mak aku tak makan, jadinya aku pun tak makan lah. Tapi aku n adik aku,terutama bapak aku la kan,suka bela ikan, bapak aku makan ikan air tawar. Satu hari tu aku pi kenduri umah makcik aku,dia masak ikan sambal tapi dah potong2 lah kan,tak perasan, aku plak mmg suka makan ikan,(ikan laut daaaaaa), ingatkan mak cik aku masak ikan merah, sedap btul baru lepas goreng, aku selamba je ratah ik

an tu, mak aku tengok je dari jauh dan senyum2. abis gakla daging ikan tu 2 keping yg dah potong2 tu aku belasah, sekali mak aku cakap tu ikan yg abah bela la, uikssss....... sedap plak. Sekarang ni aku dah makan dah ikan tilapia, sedap betul, mungkin kolam aku guna air fresh dr gunung menyebabkan ikan tu tak rasa lumpur. Meh la dtg kolam aku n rasa ikan yg kami bela.

Tokey2 Ikan


Aku ni memang minat nak bela ikan ni banyak2,ada la modal skit2. Adik aku yg banyak sponsorla, kira skrg ni dia tokey besar la, cuma aku ada masalah nak pasarkan ikan ni. Kat Johor ni tokey ikan ni seorang je yang bolah ambil banyak2. Nak hidup plak tu. Ikan aku banyak mati masa dia ambil tu dan tak boleh ambil lebih drp 500kilo sekali tuai,tu yg esok pagi aku datang tengok,banyak mati. Ada tak tokey2 kat luar sana yang buat export ikan beku ke,pe2 ke yang boleh bantu anak bumi mcm kami ni.






Kau orang bleh nampak ikan2 aku tengah nak kasi makan,takyah tabur dedak pun dah datang dulu,macam tau2 je kan.


Ni plak antara kolam kami no 2 dan no 1. No 2 ni ada 10k anak ikan tilapia.pun baru masuk 2 bulan setengah,sama masuk dengan kolam no 3. Seronok bila bagi makan ikan, selalunya aku pergi kolam ni pagi2 dgn bapak aku lah kan,kolam tu putih je pagi2 sbb ikan naik nak ambil oksigen,agaknya la kan......tu org perikanan cakap. Dah nak masuk pukul 10pagi,kami bagi makan,berlumba2 semua ikan, seronok betul aku tengok. Nak tengok,datanglah kolam kami. Tapi kena contact aku kat 0127418858 la dulu kan.


Ni kolam no 1 kami, besau ni, ada 10k ikan tilapia,dah nak masuk 8bulan,sbb tokey nak beli tu nak ikan aku jadi 1kilo,lama tu,nak naik bengang aku tunggu2 je.rabak gaklah bulan2 kasi makan dedak jenama cargill,yg paling mahal.Oleh kerana aku guna air gunung,aku tak ada masalah air,100% guna air bersih n tempat aku langsung tak ada elektrik sbb dah nak dekat dgn gunung. Banyak modal nak buat kolam ni, bapak kami suka buat keje macam ni,n aku sebagai anak yang dah selalu tengok dia susah seronok tengok dia happy je.Yang paling penting,kita buat apa yang kita suka dan dalam masa yang sama dapat hasil....

Gambar kolam kami


Ni kolam no 3 dan 4. Kolam No 3 dah hampir 2bulan setengah ikan tilapia aku masukkan 10k.Kolam no 4 pulak baru masukkn 50k anak ikan keli, kecik lagi.